Thursday, March 24, 2011

kamu diriku

SITUASI: Sejak akhir-akhir ni...tak tahulah mengapa....hati rasa gundah gulana,tiada mood....belajar xmahu,menghafal xmahu...bagai xmahu buat apa2 pon...yang mahunya hanyalah tidur dan mundar-mandir xtentu hala....kenapa ni???apa yang diriku gusarkan sgt ni???sakitkah?tidak...ada masalah kah?mungkin....
Jika ada masalah pergi lah luahkan pada seseorang,mungkin dapat release sedikit ape yang menyesakkan pemikiran kamu itu...entahlah...jika diri sendiri pun xdpt figure out ape masalahnya,bagaimana mahu luahkan kepada org laen....bagaimana hendak bwat org laen faham akan masalah kita,bagaimana pula mereka mahu menghulurkan bantuan....
Diri rasa bingung,xbermaya,kurang bersemangat...Jiwa pula kacau bilau,diri rasa xberguna...mengapa???haruskah aku merasa sebegini ya Tuhan,sedangkan Kau sentiasa menyuruh hamba-Mu berdoa dan meminta apa sahaja kerana nescaya pasti kau kabulkan...tapi mengapa aku terasa tidak berdaya lagi..adakah aku ini seperti orang2 yg telah berputus harapan daripada rahmat-Nya???nauzubillah,jangan lah aku tergolong dalam golongan sebegini...
Sepatutnya aku harus terus bersemangat waja meneruskan perjuangan ini tanpa rasa jemu dan putus asa...sepatutnya aku bangkit menebus kesilapan yang lalu,bukannya terus menerus membenci,mengutuk diri sendiri..kan doa itu...ya,pantas sungguh aku berkata2 di sini,tapi hakikatnya,aku mmg xkuat hadapi cabaran yg ada..
Wahai diri,jika kau rasa dirimu ini tidak berguna,mengapa kau dicipta lalu dibiarkan terus hidup di atas muka bumi pinjaman Allah ini?mengapa kau masih menghirup udara segar dan mendengar kicauan unggas2 berterbangan?dan mengapa kau dipilih dan terpilih untuk smpai ke tahap ini?mengapa?tidak lain dan tidak bukan kerana kau adalah khalifah yg telah diberi amanah dan tanggungjawab yang besar untuk menjalankan kebaikan ke atas umat manusia..kau adalah insan yang diperlukan hidupan bumi untuk kesejahteraan hidup mereka....bukan menyuruh kau berbangga dgn diri sendiri,cuma mahu membuka matamu tentang betapa BERGUNAnya dirimu itu..betapa perlunya kau menyalakan api semangat yang berkobar-kobar agar kau dapat memanfaatkan hidupmu demi kesejahteraan hidupan yang lain...masih kaukatakan dirimu tidak berguna?masih kau katakan dirimu ini xdiperlukan kewujudannya??
Wahai diri,perjalanan hidup ini masih jauh...jika kau berputus asa sekarang,bagaimana halatuju hidupmu yang mendatang...mampukah kau laluinya jika semngat mu luntur sekarang??sudahlah,hilangkanlah kesedihan dirimu,hapuskan airmatamu...persetankan bisikan jahat dari dalam hati kerna sudah pasti bisikan itu bukannya datang dari hati nurani,tetapi datang daripada iblis penghancur diri..kuatkan semangat,bulatkan tekad..tepis semua perkara remeh yang xperlu sebab perkara seperti itulah yang selalu menjatuhkan kita...
BANGKIT!!!BANGUN!!!BERSEMANGAT!!!!

*****************************************************************************************************************
huiih..penat plak berpuitis2 ni...tekeluaq sendiri la...aiiseyhhh :P

1 comment:

  1. kuat tin!kuat!
    awk bleyh punya..
    doa d kurniakan kekuatan hati..ea?
    insyaALLAH

    ReplyDelete